SOAL JAWAB

 

TAMU GOLD

Disertakan beberapa soal jawab yang biasa diajukan.

S: Adakah boleh diragukan ketulenan emas?
J: 1g edisi terhad Jubli Emas IKM Johor Bahru ini dibekalkan oleh Tamu Gold (MIM International Sdn Bhd). Setiap bar emas yang ditempa mendapat pengesahan daripada certified assayer, SIRIM Gold Hallmark MS 1247 dan National Metrology Institute of Malaysia.

S: Adakah emas ini boleh dijual semula?
J: Ya. Bar emas boleh dijual samada kepada perseorangan atau institusi emas yang boleh dipercayai. Harga emas adalah mengikut harga semasa tertakluk kepada terma dan syarat yang terpakai bagi sesetengah pembeli.

S: Jika setelah beberapa tahun, terdapat "red dot" pada bar emas. Adakah harga emas lebih rendah dari pasaran?
J: Ketulenan emas diisytiharkan 99.99% tulen. Walaubagaimanapun akan terdapat bendasing (impurities) bergantung kepada kondisi yang menimbulkan "red dot". Namun, "red dot" bukanlah faktor utama harga emas jatuh. Institusi emas akan membuat penilaian sekiranya perlu semasa urusan jual beli seterusnya.

Pages