JUBLI EMAS IKM JOHOR BAHRU

 bangunan integrasi IKMJB

Institut Kemahiran MARA Johor Bahru (IKM Johor Bahru) ialah sebuat institut pendidikan latihan kemahiran di bawah seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), MARA. IKM Johor Bahru memulakan operasi pada Oktober 1973 dan sehingga kini terus utuh dan matang memacu kecemerlangan latihan kemahiran seiring peredaran masa dan teknologi.

IKM Johor Bahru sentiasa menyediakan modal insan yang kompeten dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan keusahawanan. Kurikulum dan kokurikulum yang seimbang serta dinamik menjadikan IKM Johor Bahru sentiasa relevan dan menjadi pilihan sepanjang 50 tahun beroperasi.

Singkatan "IKMJB" turut menerangkan aspirasi Institut Kami Menjamin Jaminan Bekerja bersandarkan jaminan kualiti yang tekal, tenaga pengajar yang berpengalaman dan kompeten, pemantapan kolaborasi industri serta kebolehpercayaan tinggi pemegang taruh.

Jubli Emas adalah simbolik kepada nilai sejarah IKM Johor Bahru sejak 1973 yang telah melahirkan ramai graduan berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang diceburi.

Pages